tabir dibuka....lembaran di tulis dgn pena tajam yg ikhlas.....
setelah hampir 4 tahun aku bermastautin di miri, sekarang tiba masa untuk aku untuk mengatur langkah migrasi ke ofis hq di kota damansara pula,..tempat yg sibuk dan dihuni oleh pelbagai manusia yang pelbagai ragam...honestly miri adalah suatu tempat "best" dan byk mendewasakan aku...ilmu yg baik dan buruk di adun bersama menjadi kehidupan...kenapa aku pilih kl???...kenapa? mungkin..
a) mempelajari sesuatu yg baru di tempat yg baru
b) boring dgn keadaan yg sama di miri ;-)
c) mencuba nasib
d) perubahan..cabaran
kekadang aku pon xpasti keputusan yg aku ambik ni betul ada salah...hari depan adalah sesuatu yg invisible and unpredictable...apaapapun boleh berlaku...sekali melangkah...risikonya hendaklah ditanggung sendiri...mungkin keJAYAan ataupun mungkin keGAGALan.. tp aku percaya akan kata hati aku...setiap kejayaan perlukan perubahan...sbb itulah aku berani menerima penghijrahan ini..
17/04/2007 - menjejakkan kaki di miri
29/01/2011 - transfer to KL...
Tuesday, January 25, 2011
Friday, August 20, 2010
selagi ada waktu, selagi ada rindu...
Salam ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat...
Hari ini 200810H, hari ke10 Ramadhan 1431H, melihat jam di dinding, susunan jarum menandakan pukul 10.10pagi, masa berlalu dgn pantas tanpa kita sedari, megikut perkiraan ilmu falak, hanya tinggal 20 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh barakah, bulan di mana kita melatih diri untuk menjadi insan yang hebat. bulan dimana kita melatih diri dgn men"implement" sifat-sifat yang baik,..berdisiplin, kasih sayang, pemaaf, cool, bijaksana, tawadduk, dan sebagainya. Kita selalu mendengar di corong-corong radio dan di skrin tv ustaz/ustazah bertazkirah..."bulan ramadhan adalah medan ilmu"..."bulan ramadhan adalah tapak semaian benih iman" dan sebagainya....kita hanya mendengar tanpa kita menghayati erti yang lebih mendalam, bak kata orang, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...padahal jika kita menghayati erti yang sebenar yang ingin disampaikan...masyaAllah...bertuah kita ni tuan2/puan2....kita berada didalam bulan ramadhan, kita di pagari daripada berinteraksi secara terus dgn syaitan...kita di berikan masa untuk mengenali diri kita yang sebenar,..merasai "halawatul iman"...berbahagialah kita sekiranya kita di berikan untuk merasai keberkatan dan kehebatan bulan ramadhan ini...menjadi org yang zuhud, pemaaf, berdisiplin dan sebagainya. saya berpesan kepada diri saya dan saudara-saudari sekalian, gunakanlah bulan ramadhan dengan sebaik-baik, semoga kita akan menjadi INSAN YANG HEBAT....

![]() |
| Mengambil kata-kata hikmat dari arab..masa itu "umpama pedang di leher, kita akan akan kalah sekiranya kita lambat, maka kita hendaklah sentiasa waspada dengan MASA |
Thursday, August 19, 2010
makan sekadar mengisi perut...
Alhamdulillah, semalam berbuka di d'selera kelate, rasanya juadah berbuka semalam memadai untuk mengisi perut yang kosong. campuran nasi goreng + kueh agar2 2 keping + segelas nescafe tarik rasanya cukup untuk memberi tenaga selepas seharian berpuasa.NO EXTRA.. perut pon rasa selesa dan tidak terlampau kenyang. tak seperti beberapa hari sblm ni..almaklumlah, sblm pegi bazaar ramadhan, semua makanan nampak sedap, so banyak la juadah yg di beli...masa berbuka pon banyak makanan yang di ambil...harap2 hari ni boleh berbuka seperti semalam..dapat solat terawih dgn selesa....makan hanya untuk mengalas perut jer. bukan untuk membuncitkan perut...bewasatiah dalam menjamu selera.. hehehe
Thursday, August 12, 2010
FADILAT SOLAT SUNAT TERAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”

Wednesday, August 11, 2010
badminton game...play for fun
Salam ramadhan,
Thanks to all of you guys who participate in the PBJV-SKO Badminton Tournament last Saturday 07/08/10 at KBL Badminton Court, Miri.Your attendant are highly appreciated. You’re rock!!!
1st Place: Mohd Hasrul
2nd Place: Azmadee
3rd Place: Sediet
4th Place: Kalang
Consolation: Nazri, Khalid, Syafiq, Jameson, Akmal, Desmond, Ghazi,& Anthonny Jeffrey
See you in next games,
“Badan Sihat, Minda Cerdas”
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan Al Mubarak
salam ramadhan al mubarak,
Pagi tadi aku ke epot miri, hantar 2 org housemate aku balik kg…”hoho balik kg…hohoo balik kg….hohoo balik kg…hati girang..” Madi Sang supervisor dan Hasrul sang hse trainee. Sudah 2bulan kami 3org tinggal sebumbung. Rasa berat pula melihat diorang balik. ;-(, sorang menuju ke pengkalan kubur n sorang lagi ke machang. Semoga mereka selamat sampai di tempat yang ditujui dgn selamat dan berjumpa dgn org tersayang. Boring rasa duk rumah sorang2. Esok dah la nak start puasa, means esok aku berpuasa sorang2 la kt rumah,..;-(. Ahh..malasnya….anyway selamat berpuasa buat semua sahabat2ku tak kira di mana jua anda berada.....gunakanlah sepenuhnya keistimewaan bulan ramadhan ini utk menimba dan memanafaatkan segala ilmu untuk meraih pahala dan kebaikan untuk bekalan di hari akhirat kelak. Bersedekahlah kerana dgn bersedekah, ia dapat menyucikan hati dan juga harta. Amalkan amalan bersahur, kerana dengan bersahur ia dapat memberi kesegaran fizikal dan mental dan melembutkan hati yang ego.
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman..! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..”surah al-Baqarah;183
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabatku..
Wednesday, August 4, 2010
Jemputan dari St Joseph Oil Field
Pagi td, aku diberi tugas baru, aku perlu ke St Joseph, Sabah hujung bulan ni. Ada projek baru di laut sabah sana., Dah lama tak turun offshore, dulu hampir 1/2 dari masa jagaku di habiskannya di laut. Tapi dalam sebulan dua ni tidak banyak keje aku di laut, hanya menguruskan keje di ofis miri. Aku tidak pernah sampai platform sana. Dengar kata dr org2 dulu, pelantar minyak sebelah sabah lautnya tidak menentu. Alun kasarnya tidak mengira musim. Tidak sama dengan sebelah Sarawak dan Terengganu. Jadi aku perlu menerima cabaran ini. …8’’ SJJT-G/SJQ-A aku akan bersamamu….
*berpuasa di laut, beraya di darat
Subscribe to:
Posts (Atom)