Friday, October 24, 2008

Ukhwah LiLlah

Senang untuk saya bercerita tentang ukhwah;
ukhwah….satu pemberian ALLAH SWT yang tak ternilai harganya kepada kita.
ukhwah…ikatan yang tak ternilai maknanya bagi yang menghargai.
ukhwah…bergerak,berganding bahu bersama-sama ke jalan yang satu.menuju destinasi yang satu.berukhwah kerana ALLAH SWT.
ukhwah….”Kerana ALLAH SWT”
ukhwah…untuk mencari cinta NYA.
ukhwah…untuk mencari redhaNYA.
tapi dimana nilai “ukhwah” yang ada pada kita…
sedangkan kita tidak bersandarkan kepada cinta dan redha ALLAH SWT…
alangkah indahnya jika ukhwah para sahabat menjadi panduan kita…
sebab….semuanya adalah kerana ALLAH SWT.

Thursday, October 23, 2008

Staff PBJV SKOmiri

Daari kanann cepat jalannn...opsss salah..Dari kanan , sy a.k.a nazri, iera & prima munajjim. bergambar di pbjv miri ofis yang tercinta.
semuanya best wooo..best wooo sporting and open air minded. wooo. xpercaya jom ty diorang sendiri.
Yang xder dlm gambar, hidayat (acting PM), khaliq, firhan, azam ,nabhan, bangzam dan roszaimi. Gambar diorang xder sbb all gambar kena hantar ke HQDamansara utk polah ofis SmardCard.
Mungkin lainkali ada kot. bye bye. kbaboooom.


puasa +> DISIPLIN

Puasa sering dinantikan oleh mereka2 yang memahami makna apa itu puasa dan apa kesannya kepada diri mereka2 yg berpuasa samada rohani mahupun jasmani. Pelbagai manafaat yg diperolehi oleh setiap orang yg berpuasa dan memang tidak terkira banyaknya. Salah satu yang saya ingin bincangkan dan mencetuskan idea untuk saya menulis entry ini ialah disiplin atau mendisiplinkan diri kesan daripada berpuasa. Saya memang teruja untuk bercerita tentang factor disiplin hasil daripada puasa kerana saya sering berfikir semasa berpuasa banyak perkara yang terhad dan tidak boleh saya lakukan dan membuat saya lebih memahami erti mematuhi peraturan atau dengan kata lainnya berdisiplin. Ia nya semua sama tak kisah lah puasa ramadhan ataupun puasa sunat mahupun puasa ganti. Kesannya memang positif. Suka saya bertanya, apa yang saudara paham tentang disiplin? Ramai orang mendefinasikan tentang disiplin ini melalui idea masing2, semuanya betul kerana setiap pendapat adalah pandangan masing2 dan kita tidak boleh mengatakan pandagan itu salah . Dan makna disiplin pada pandangan saya secara senang dan jelas ialah mengikut peraturan. Disiplin adalah asas untuk setiap kejayaan. Orang yang berpuasa, sudah tentu berdisiplin kerana dia mengikut peraturan yang ditetapkan semasa berpuasa. Bukan senang untuk berpuasa ini. Ramai yang tidak berpuasa kerana mereka kurang disiplin. Hanya mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi hanya dapat berpuasa. Peraturan berpuasa perlu diikuti dan dituruti iaitu tidak boleh makan atau minum pada siang hari dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta menghalang diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa. Jadi kesimpulannya puasa sememangnya mendidik seseorang itu berdisiplin dan mencapai kejayaan. Rasanya be,um terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN . DAN SELAMAT MENUNAIKAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL INI.

Saturday, October 18, 2008

Kursus Pengendalian Sullair Compressor 900XH



Bertempat di Scott-English Glenmarie Shah Alam pada 17hb oct 2008, seramai +- 20pax staff pbjv dari reqion SKOmiri, PMOpaka, dan HQdamansara terlibat menghadiri kursus untuk mengendalikan compressor jenis 900XH Sullair yang baru 6 unit dibeli oleh sykt PBJV Group Sdn Bhd , Antara peserta yang terlibat mewakili kawasan masing-masing adalah:

1) zaidin-pmo 2) azam-sko 3) hanif- hq 4) cikgu-pmo 5) pak din-pmo 6) shah-pmo 7) mat doje-pmo 8) aman rizal-pmo 9) kumbing-pmo 10) nazri-sko 11) rahman-hq 12) nabhan-sko 13) haidzir-sko 14) hisyam jr-pmo 15) Firdaus-hq 16) DH azizul-hq 17) a-hq 18)b-hq 19)c-hq 20)d-hq

Kursus yg di jadualkan bemula pukul 9am terpaksa ditangguhkan ke pukul 10am disebabkan kelewatan Penceramah/Trainer dari company Sullair untk tiba di Scott English Glenmarie. Sesi ceramah bahagian 1 dimulakan pada pukul 10.00am betempat di Dewan Latihan, bangunan utama Scott English. Kursus dihentikan pukul 12pm utk memberi laluan kepada peserta beragama islam utk menunaikan solat jumaat. Selepas menikmati jamuan makan yang di sediakan oleh pihak penganjur, kursus bersambung lagi pada pukul 2.30pm. Agenda diteruskan dengan sesi ceramah bhgn ke 2, sblm latihan praktikal di mulakan pada pukul 5pm secara hands on. Peserta diajar untuk mengendalikan compressor oleh En Azman, Technician dari Scott English secara betul and selamat. Hujan mulai turun dlm pukul +-5.30 pm dan memaksa kursus di hentikan awal 30 min dari yang dijadualkan. Peserta mulai meninggalkan kawasan latihan pada jam 6pm.

Wednesday, October 15, 2008

Salam Ta'aruf utk sekelian...

Salam taaruf utk semua pembaca, pendengar dan pelihat, dan apa kabar sahabat2 sekelian sama ada makhluk di alam ini mahupun rakan yg tidak dpt dilihat yakni terlindung oleh hijab. Selamat ber'blog untuk semua. Marhaban..ya Marhaban...Falya Tapaddal.