Thursday, October 23, 2008

puasa +> DISIPLIN

Puasa sering dinantikan oleh mereka2 yang memahami makna apa itu puasa dan apa kesannya kepada diri mereka2 yg berpuasa samada rohani mahupun jasmani. Pelbagai manafaat yg diperolehi oleh setiap orang yg berpuasa dan memang tidak terkira banyaknya. Salah satu yang saya ingin bincangkan dan mencetuskan idea untuk saya menulis entry ini ialah disiplin atau mendisiplinkan diri kesan daripada berpuasa. Saya memang teruja untuk bercerita tentang factor disiplin hasil daripada puasa kerana saya sering berfikir semasa berpuasa banyak perkara yang terhad dan tidak boleh saya lakukan dan membuat saya lebih memahami erti mematuhi peraturan atau dengan kata lainnya berdisiplin. Ia nya semua sama tak kisah lah puasa ramadhan ataupun puasa sunat mahupun puasa ganti. Kesannya memang positif. Suka saya bertanya, apa yang saudara paham tentang disiplin? Ramai orang mendefinasikan tentang disiplin ini melalui idea masing2, semuanya betul kerana setiap pendapat adalah pandangan masing2 dan kita tidak boleh mengatakan pandagan itu salah . Dan makna disiplin pada pandangan saya secara senang dan jelas ialah mengikut peraturan. Disiplin adalah asas untuk setiap kejayaan. Orang yang berpuasa, sudah tentu berdisiplin kerana dia mengikut peraturan yang ditetapkan semasa berpuasa. Bukan senang untuk berpuasa ini. Ramai yang tidak berpuasa kerana mereka kurang disiplin. Hanya mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi hanya dapat berpuasa. Peraturan berpuasa perlu diikuti dan dituruti iaitu tidak boleh makan atau minum pada siang hari dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari serta menghalang diri daripada perkara2 yang membatalkan puasa. Jadi kesimpulannya puasa sememangnya mendidik seseorang itu berdisiplin dan mencapai kejayaan. Rasanya be,um terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN . DAN SELAMAT MENUNAIKAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL INI.

No comments: