Friday, August 20, 2010

selagi ada waktu, selagi ada rindu...

Salam ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat... 
Hari ini 200810H, hari ke10 Ramadhan 1431H, melihat jam di dinding, susunan jarum menandakan pukul 10.10pagi, masa berlalu dgn pantas tanpa kita sedari, megikut perkiraan ilmu falak, hanya tinggal 20 hari lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri. Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh barakah, bulan di mana kita melatih diri untuk menjadi insan yang hebat. bulan dimana kita melatih diri dgn men"implement" sifat-sifat yang baik,..berdisiplin, kasih sayang, pemaaf, cool, bijaksana, tawadduk, dan sebagainya. Kita selalu mendengar di corong-corong radio dan di skrin tv ustaz/ustazah bertazkirah..."bulan ramadhan adalah medan ilmu"..."bulan ramadhan adalah tapak semaian benih iman" dan sebagainya....kita hanya mendengar tanpa kita menghayati erti yang lebih mendalam, bak kata orang, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan...padahal jika kita menghayati erti yang sebenar yang ingin disampaikan...masyaAllah...bertuah kita ni tuan2/puan2....kita berada didalam bulan ramadhan, kita di pagari daripada berinteraksi secara terus dgn syaitan...kita di berikan masa untuk mengenali diri kita yang sebenar,..merasai "halawatul iman"...berbahagialah kita sekiranya kita di berikan untuk merasai keberkatan dan kehebatan bulan ramadhan ini...menjadi org yang zuhud, pemaaf, berdisiplin dan sebagainya. saya berpesan kepada diri saya dan saudara-saudari sekalian, gunakanlah bulan ramadhan dengan sebaik-baik, semoga kita akan menjadi INSAN YANG HEBAT....
Mengambil kata-kata hikmat dari arab..masa itu "umpama pedang di leher, kita akan akan kalah sekiranya kita lambat, maka kita hendaklah sentiasa waspada dengan MASA
AlhamduliLlah, rasa bersyukur ingin saya zahirkan kerana bulan ramadhan tahun ini, saya dapat menunaikan ibadat solat terawih seperti yang di rancang, kunjungan ke masjid-masjid dan surau-surau di sekitar miri membolehkan saya melihat dan mengenali budaya dan ragam cara hidup para jemaah di sekitar miri. kita semua sama, hanya dibezakan dengan dialek bahasa. Selamat beribadat.
                                     

Thursday, August 19, 2010

makan sekadar mengisi perut...

Alhamdulillah, semalam berbuka di d'selera kelate, rasanya juadah berbuka semalam memadai untuk mengisi perut yang kosong. campuran nasi goreng + kueh agar2 2 keping + segelas nescafe tarik rasanya cukup untuk memberi tenaga selepas seharian berpuasa.NO EXTRA.. perut pon rasa selesa dan tidak terlampau kenyang. tak seperti beberapa hari sblm ni..almaklumlah,  sblm pegi bazaar ramadhan, semua makanan nampak sedap, so banyak la juadah yg di beli...masa berbuka pon banyak makanan yang di ambil...harap2 hari ni  boleh berbuka seperti semalam..dapat solat terawih dgn selesa....makan hanya untuk mengalas perut jer. bukan untuk membuncitkan perut...bewasatiah dalam menjamu selera.. hehehe

Thursday, August 12, 2010

FADILAT SOLAT SUNAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”

Wednesday, August 11, 2010

badminton game...play for fun

Salam ramadhan,

Thanks to all of you guys who participate in the PBJV-SKO Badminton Tournament last Saturday 07/08/10 at KBL Badminton Court, Miri.Your attendant are highly appreciated. You’re rock!!!


1st Place:  Mohd Hasrul
2nd Place: Azmadee
3rd Place: Sediet
4th Place: Kalang

Consolation: Nazri, Khalid,  Syafiq, Jameson, Akmal, Desmond, Ghazi,& Anthonny Jeffrey

See you in next games,
“Badan Sihat, Minda Cerdas”

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak

salam ramadhan al mubarak,

Pagi tadi aku ke epot miri, hantar 2 org housemate aku balik kg…”hoho balik kg…hohoo balik kg….hohoo balik kg…hati girang..” Madi Sang supervisor dan Hasrul sang hse trainee. Sudah 2bulan kami 3org tinggal sebumbung. Rasa berat pula melihat diorang balik. ;-(,  sorang menuju ke  pengkalan kubur n sorang lagi ke machang.  Semoga mereka selamat sampai di tempat yang ditujui dgn selamat dan berjumpa dgn org tersayang. Boring rasa duk rumah sorang2. Esok dah la nak start puasa, means esok aku berpuasa sorang2 la kt rumah,..;-(.  Ahh..malasnya….anyway selamat berpuasa buat semua sahabat2ku tak kira di mana jua anda berada.....gunakanlah sepenuhnya keistimewaan bulan ramadhan ini utk menimba dan memanafaatkan segala ilmu untuk meraih pahala dan kebaikan untuk bekalan di hari akhirat kelak. Bersedekahlah kerana dgn bersedekah, ia dapat menyucikan hati dan juga harta. Amalkan amalan bersahur, kerana dengan bersahur ia dapat memberi kesegaran fizikal dan mental dan melembutkan hati yang ego.
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman..! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..”surah al-Baqarah;183
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabatku..

Wednesday, August 4, 2010

Jemputan dari St Joseph Oil Field

Pagi td, aku diberi tugas baru, aku perlu ke St Joseph, Sabah hujung bulan ni. Ada projek baru di laut sabah sana., Dah lama tak turun offshore, dulu hampir 1/2 dari masa jagaku di habiskannya di laut. Tapi dalam sebulan dua ni tidak banyak keje aku di laut, hanya menguruskan keje di ofis miri. Aku tidak pernah sampai platform sana. Dengar kata dr org2 dulu, pelantar minyak sebelah sabah lautnya tidak menentu. Alun kasarnya tidak mengira musim. Tidak sama dengan sebelah Sarawak dan Terengganu. Jadi aku perlu menerima cabaran ini. …8’’ SJJT-G/SJQ-A aku akan bersamamu….

*berpuasa di laut, beraya di darat 

Friday, July 30, 2010

Borneo Exploration - Miri Oil Town > Bintulu Terminal Town > Sibu

28/07 Aku bertolak dari miri ke bintulu slps zohor bersama my miri boss untuk urusan kerja. melalui jalan yang "bumping" tidak rata memang menguji sklill pemandu dan memenatkan, sampai di bintulu town ~4:30ptg dan kami terus ke lokasi yard untuk melihat persediaan untuk yard inspection esok. so far ok la, environment and space pon ok, just need final round housekeeping, Selepas selesai kerja di yard, aku singgah minum air kelapa di pantai tanjung batu, then check in di Kingtown Hotel Bintulu bilik 404. Di sebabkan penat driving ptg tadi aku tertidur tanpa makan..

29/07 Pagi ini bangun awal sbb nak ke epot ambik 2 org inspector dr miri, pukul 7.00pg bertolak dari otel dan terus ke Epot bintulu, lepas pick-up diorang, kami terus ke yard. Inspection bermula ~9.00pg dan berakhir ~11.00pg,  Tghari kami sempat jalan2 ke sibu, lunch di sibu
 bertolak balik ke miri selepas makan tengahari di sibu,…sampai di miri lebih krg pukul 630ptg...singgah minum n makan di taman seroja, pekena sup power...smpi di miri lebih krg pukul 8.00...mandi dan tidur...

Note:
Travel  time Miri to Bintulu = 2hrs
Travel time Bintulu to Sibu = 3hrs

PEACE!!!

Wednesday, July 28, 2010

PBJV-SKO Futsal Tournament ‘10

Dari Meja PBJV-SKO Sport Club, 24/07 tempoh hari, kami telah mengadakan perlawanan futsal “ Kejohanan Futsal Tertutup PBJV-SKO 2010” bertempat di Futsal Court Jee Fooh. Perlawanan 3 penjuru ini melibat kan 3 pasukan dari staff-staff ofis dan pekerja-pekerja yard PBJV Miri untuk merebut piala pusingan, hamper dan hadiah-hadia istimewa. Perlawanan berlansung dari pukul 1000pm hingga 1200pm. Pemenang ditentukan berdasarkan format liga. Tahniah kepada JUARA dan semua pemain-pemain yang hadir.

Wednesday, July 21, 2010

29 Rejab 1404 - 1431Masihi

hari ni 9 syaaban 1431masihi, kerana terlalu sibuk dgn kerja, aku terlupa untuk meraikan hari ulang tahun lahirku pada tahun ni... bukan niat nak menyambut secara besar-besaran, hanya sekadar mengingati dan bersyukur dgn nikmat hidup yang di kurniakan oleh Allah kerana hingga saat ini, kehidupan yang di lalui boleh dikatakan kurang beranjau....alhamdulillah syukur...!!!aku di lahirkan pada 30 April 1984 bersamaan, 29 Rejab 1404 masihi.
sbb tu lah masa cuti ituhari, aku sempat bertanya kepada ibuku, dia ckp aku lahir dalam bulan rejab, sbb tulah dia sempat berpuasa  dalam bulan ramadhan berikut nya....tp x ingat tarikhnya bila... aku bersyukur kerana lahir dalam bulan REJAB....REJAB bulan taubat.

Tuesday, July 20, 2010

Kelebihan Bulan Rejab

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Tuesday, April 20, 2010

Yard Inspection ...Sukses..Suksess...Suksess

20/04 Tue.......pukul 11 pagi td....dpt msj dr boss.." ptg ni ada yard inspection dr PCSB, buat apa yg patut"...perghh.. terfikir sekejap...kerja dh la belum siap ni...pastu tu ada inspection pulak...bukan calang inspection ni..ni alal2 ambush ni...dh la br bagitahu.....then dapat email plak..pukul 3 diorang nk dtg...prepare document n explain to them mcm mane kita nak buat nnt...bla...bla...bla...kena buat preparation ni...huhu
nasib baik khal dgn zaidi dtg ofis...so, terus ajak diorang meeting jap...khal,saya,kamirul, zaidi n nadia..internal meeting jap untuk inspection petang ni...give task to them...location for inspection bla2 bla...mgkn boss2 besau dr carigali nak dtg.kena serius sket ni.....tup tup..pukul 315pm diorang dtg....cuma 2 org jer sorang chinese n sorang british.....tp x per...mulakan inspection...all checklist yg dia org bawa semua comply...so xder ape la problem sgt...soklan yang diorang ty pon selamber gile je jwb...so suksess la inspection ptg td...tunggu jer project nnt...samada dpt ke x...kalau tgk td mcm 80% dpt...so berdoa2lah moga2 dpt.....so tq for Kam, Khal, Zack, Nad n Fariq for your commitement to our team ptg td..keep up good work...

Monday, April 12, 2010

Pagi Yang Terang Kini Sudah Jadi Mlm Yg Gelap

hmmm...malas betul rasa nak bgn pagi td, lepas shj solat subuh, terus sambg blik tdo, thanks to SNA sbb kejut utk solat subuh pg td....nak balas msj pon xdpt, line hp dh kena barred,x sempat nak bayar..sibuk sgt dgn keje...bill pon lupa nak byr...hehehe..first time ni kena barred, hehe..bulan lepas bill dekat 3rat...plan nk g bayar pagi td....tp kete plkdh kene hijack...semua dh g ofis...tinggallah sorg2 kt rumah....tgh sedap2 layan  tdo..tiba2jer boss call.dr KL.mintak untukprepare procedure for 3 project baru....pergh smalam barubalik dr projek....badan masih letih...baru nak rehat skit...dh ada pulak task baru....kerja...kerja..esok kena submit....dh la projek repotyg baru balik ni belom buat lg...tu pon ambik masa 2-3 hari jgk...tp xper..buat slow2...tenaga manusiabukan mcm robot...kalau letih rehat dulu....ni pon masih kat ofis, tgh buat procedure...dah pukul 7pm...esok nak kne hantar....nasib baik ada mirul dgn razak...dio org pon sibukjgk tu..tgh prepare document lain...ok la gang...solat mghrib dulu...keje2 jgk...solat jgn lupa....solat itu tiang agama...kalau rumah xde tiang roboh nnt...samalah dgn manusia...kalau xder pegangan..hidup jadi tanpa arah...xmenetu...jom solat..... pagi td sampai ofis terang,skrg ni dh malam...sudah gelap kt luar sana....balik solat kt rumah la...sempat lg ni...hmmmm

Monday, April 5, 2010

PL344 Baram Project Successfully Completed

Terima kasih kepada semua crew2 yang terlibat dalam project PL344 ni, pada awalnya nampak macam mustahil dan sukar untuk di laksanakan, tapi berkat dan dengan kerjasama semua crew, maka kita dapat menyiapkan projek ni seperti yang dirancang. Tiada benda yang mustahil dalam hidup ni. dan kita jangan memandang sesuatu masalah tu sebagai perkara yang sukar untuk diselesaikan, tetapi percayalah kalau kita anggap masalah yang besar itu adalah kecil, maka masalah itu akan dapat di selesaikan dengan mudah.

Untuk PL344 deoiling, desanding, IP dan dewatering project, sekalung tahniah untuk semua crew, madi, matyard, zul ateng, Taim, Jamu, Rino, Syafiq, Desmond, Sharif, Zamri, Azlizan, Dadu, Kamirul, Kecik, Din, dan semua yang terlibat.

Tenkiu....

Chief Mohd Nazri @ ayohmat

Sunday, April 4, 2010

Clash Date - 1. MUFC vs CFC 2. SNA @8pm

salam pagi ahad... hari ni blood pressure 120/80....jiwa tenang, hati senang.... hehhe...semalam adalah kenangan, hati ni adalah cabaran dan esok adalah harapan...perkara semalam kadang2 membuatkan aku tersenyum lebar...terima kasih kepada chelsea....terima kasih kepada SNA ...2 appointment pada pukul 8pm yg sama....pengorbanan yang memberi kepuasan...akhirnya kedua2 memberi pulangan yg lumayan...hahahaa...

Saturday, April 3, 2010

Project Urgent

Salam...sakit jugak kadang2 kalau dapat projek urgent bgini, tambahan pulak masa yg diberikan hanya 2-4 hari shj untuk preparation..hoho....tapi biasa la dh mcm tu...projek pon x banyak sekarang ni, x mcm dulu...so cara client pon berbeza dari dulu, dulu lepas award project, terus kick off meeting, ada masa untuk site visit, ada masa untuk meeting dgn client n operation team, ada masa utk buat work procedure dan ada masa untuk buat preparation, tp skrg ni pulak lain...4-5 hari nak start project baru award project, time tu la kelam kabut nak buat preparation...nak g site visit jd x sempat...nak order brg lagi..nak prepare documentation lg...nak x nak kena la kerja l>ebih masa...kadang2 ada smpi tertidur kt ofis...sakit2...nak kjar dateline katakan... dh la barang pon xde lagi ni, boss hanya tahu time masa dh tiba..document kena submit, barang kena ready n bla...bla..bla...Aku kadang2 x puas hati jugak dgn management ni...dh appoint aku utk utk projek lain...tiba2 shj panggil balik utk naik projek lain plak...hish hish hish...nasib la aku ni berfikiran positif, tp kadang2 tension jgk...sbb daripada hidup yg rileks, boleh hisap rokok layan asap... tiba2 terus jd kelam kabut...x sempat jadi nak layan sisha...tapi x per..masalah yg kita hadapi ni akan mematangkan hidup kita...harap2 ada bonus la untuk projek ni...berbaloi la sikit dgn kerja yg di lalukan...hehehe...