Tuesday, September 1, 2009
Cerita di Bulan Ramadhan di Miri
Bulan ramadhan bulan yang mulia, bulan ramadhan bulan untuk di syariatkan kita berpuasa… lepas berpuasa kenalah berbuka…hmmm…petang ni nak buka puasa kt mane..kalau beberapa hari sblm ni mmg ada plan yg rapi untuk berbuka puasa. 1. Bermula dgn rumah wan zamri/sofi/ije rakan satu tempat kerja ….perghh masak tomyam ayam, org rantau panjang, kelate, sempadan Malaysia thai mestilah kena pandai masak tomyam masakan dr sana kan tu..kalau xmalu dgn org kg lain…masakan kg sendiri xpandai masak…mskn kg org lain pandai pulak..huhu….then ada lar lauk2 sampingan seperti sawi goreng belacan, bawal goreng pedas , petai sambal ikan bilis dan bermacam2 lagi….terasa meriah nerbuka puasa ramai2 ni…kalau nak tunggu bulan naik…mmg xdpt nye nak jumpa mcm ni…ini lah rahmat ramadhan, salah satunya mengeratkan silaturrahim, 2. kemudian port baru untuk berbuka ialah rumah nadia kali ni masakan nya juga berbeza…nak try masakan lain la pulak, kalau selalu masakan yg sama nnt boring jadinya…huhu.. nadia masak sup ayam..nangka muda masak lemak…dan berbagai2 lagi…nk melengkapkan hidangan aku dan mizi dari bazaar ramadhan lutong, beli ikan tongkol bakar dan satu lagi ape namanya …nama nye pelik sket…tp kt kg aku panggil ikan bawal sungai…rupanya macam ikan piranha…mungkin juga spesis ikan piranha….masa kt brazil memang ganas dan menakutkan….tapi bila ikan tu dah datang Malaysia , terus jd baik..huhu…maybe lah…3. dua hari lepas pulak time berbuka kat rumah bigjohn pulak….bertemakan masakan kampung dari pantai timur…big john masak singgang ikan aya…perghhh sedappp...ikan aya and kembung goreng kunyit…petai…BUDU special….sayur goreng..dan byk lagi la..lupa dh aku..seingat aku ada la dlm 10 pinggan lauk…tp ada yg menu yg sama…huhu…bercerita pasal budu special..ramuannya adalah..budu+cili padi+ perah setengah biji limau nipis+ dan seulas durian….mmg best…ada masin2 sket..ada masam2 sket ada wangi2 sket dan ada lemak2 sket…oppsss marvelous…. mmg menu sepanjang zaman laaa….4.Dan semalam tiba lah turn rumah aku plak buat majlis berbuka puasa…stelah di perstujui… maka chef hidayat bersetuju nak masak nasi biryani gam + ayam masak kurma…..rasa lama sudah x makan masakan dayat….dayat memang terror memasak…dari pada masak untuk 2-3 orang hinggalah masak untuk beratus2 org….mmg susah sebenarnya nak masak untuk bilangan org yang ramai. Pukul 10pagi aku n dayat ke E-MART untuk membeli barang2 dapur untuk memasak…ingatkan bajet bawah RM 100, rupa2nya rm 250 jugak…daging lembu shj dah RM 40, ayam lagi RM 30…dan rempah ratus pon dah beratus ringgit…huhu.. balik rumah dlm pukul 2pm Hidayat dah masuk memasuki ofis dapur nya…mula2 masak nasik…bukan mcm masak naik biasa…aku sbg pembantu shj…aku kalau masak gulai lemak ikan keli boleh la….kalau masakan pelik2 dh lari tune tgn aku…huhu…dari kejauhan…ikan lihat dayat masak nasik yg dicampur dgn daging kari…jd nasik biryani yg siap masak dh ada…daging kari dlm nya dan bergaul mesra antara daging dan nasi..….mmg gam la jadinya….huhu….lepas tu giliran untuk masak kurma ayam….. diikuti acar kobis n tomato….telur goreng pon ada….huhu..dlm jam 6pm masakan sudah sedia terhidang … hanya menunggu waktu berbuka shj…sahabat2 yg lain semua dah sedia duduk menunggu waktu azan, cuma tunggu nadia shj…then, terima mesej dari nadia , dia x dpt dtg …sakit perut..biasa lah org dtg bulan…selalu la sakit2…kesian kan…AZAN pon dh kedengaran…JOM BERBUKA…..hari ni x berbuka kt mane pulak?....tunggu turn KHALID, IERA dan dll….
Friday, August 28, 2009
Ramadhan Al - Mubarak
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Selamat hari ibu untuk semua ibu2 di seluruh dunia.
Selamat hari ibu juga untuk ibu saya yang tersayang Zabidah bt Ismail yang selama ini telah mendidik saya sehingga menjadi seorang insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara. jasa dan pengorbanan ibu sangat saya kagumi dan sentiasa tersemat di hati saya hingga ke akhir hayat saya.Semoga ibu sentiasa di berkati oleh Allah...
Selamat hari ibu...

Sunday, May 3, 2009
Perutusan Jubli Perak & Hari Pekerja
Alhamdulillahi rabbil Aaalamin..
Sempena ulang tahun ke-25 saya....25thn.. Inspirasi Sanubari
Syukur ke hadrat Ilahi kerana hingga saat dan ketika ini saya masih lagi mampu lagi untuk berdiri dan melakukan tugas seperti kebiasaanyanya kerana nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Nikmat anggota badan yang sihat dan akal yang waras memangkinkan saya untuk meneruskan hidup ini seadanya. Saya juga amat bersyukur juga saya masih lagi hidup pada saat dan ketika ini disebabkan nikmat nyawa yang dipinjamkan oleh Allah swt memangkinkan saya untuk masih lagi mampu untuk bernafas dan merasai nikmat hidup ini seadanya.
Dilahirkan pada 30/04/1984 di Bachok Kelantan, saya kini menyambut ulang tahun ke 25 ini ni juga dikenali sebagai Jubli Perak. Semoga untuk masa akan datang saya masih lagi berkesempatan untuk meneruskan hidup dan senantiasa berada pada tali IMAN pada ISLAM....
Selamat Hari pekerja juga saya zahirkan kepada semua pekerja2 diseluruh dunia. Tidak kirala apa jua kerja yang anda lakukan, hendaklah berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Di ketika ini juga kita masih lagi di bendong oleh masalah ekonomi dunia. Semoga dengan cara berjimat dan menguruskan wang dengan betul, kita tidak tersepit dalam masalah ini.Berjimatlah dan menggunakan wang untuk membeli perkara-perkara yang perlu sahaja. Elakkan lah membazir..
Sekian

Sunday, April 19, 2009
Fabrication of Pig Catcher
Perghhh...letih jugak keje fabricate pig catcher nie..walaupun monitor jer pon...
sabtu n ahad pon keje wooo..biasa la sbb minggu depan dh nak kena hantar kat platform baram...terpaksa la keje lebih sket.. nie lah current projek aku, kat yard jer.. bulan nie xde projek kat laut...sakit juge saku nie...
fyi, pig catcher ni di letakkan di dalam barrel receiver semasa pigging operation sekiranya menggunakan poly pig , tujuan nya untuk mengelakkan pig ni ter divert ke by pass line semasa poly pig sampai kat barrel receiver... hehe2 suasah jgk nak crite...heheh..ok la tue...

Thursday, March 12, 2009
X'pidi'C Loagan Bunut, Miri - End of Feb 09
Tak tumbuh tak melata, kalau x sungguh xkkan aku nak kata... cantik sungguh loagan bunut, tasik semulajadi ciptaan illahi. dengan hidupan flora dan fauna di sekitar tasik cukup menggambarkan betapa tasik ini masih seperti yang dulu dan masih mengekalkan ke'dara'annya. XPDC Loagan Bunut di sertai oleh 12 orang peserta, menggunakan 3 buah kenderaan 4WD bertolak dari Miri, 28/02/09 seawal jam 0900am melalui jalan yang agak sukar di sebabkan hujan pada pagi tersebut. Tiba di loagan bunut park ofis lebih kurang jam 12pm, selepas mendaftarkan diri. kami terus check in room untuk berehat seketika. Mengelilingi tasik bermula pukul 4pm membawa kami melihat keadaan tasik dari jarak yang lebih dekat lagi. Malamnya pula barbeque diadakan untuk menambahkan lagi keceriaan xpdc ini. Ikan ketutu/ubi yang dibeli tadi dari nelayan loagan bunut memang sedap. kalau kat KL dalam rm60-100 sekilo.tapi rezeki kami murah, ikan betutu 600g + 4ekor ikan baung 1/2kg each hanya rm20. inilah beza kuasa beli kita, nilai duit yang sama tapi kuanti dan kualiti barang yang berbeza dek kerana lokasi. Keesokankan harinya sebelum pulang ke Miri kami menerokai jalan jalan di sekitar loagan bunut. Plan untuk ke Long lama terpaksa ditangguhkan kerana masa dan stock minyak tidak mengizinkan.
You'll Never Walk Alone....
Tuesday, January 13, 2009
Brunei Darussalam
Alhamdulillah...sampai juga Saya di brunei akhirnya negeri yang di gambarkan sebagai negeri melayu sejati di nusantara melayu ini. FYI, di khabarkan daripada kesemua menteri2dari kabinet negeri Brunei, hanya seorang sahaja yang berbangsa TiongHua, selebihnya berbangsa Melayu Islam.
Entry kali ini memaparkan, beberapa gambar yang diambil sebagai kenangan semasa berkunjung ke Negeri Brunei Darussalam pada 10-01-09. Saya bersama khal dan iera yang juga merupakan ofismate di PBJV Miri bertolak dari Miri pada pukul 0900hrs menaiki Mitshubishi Triton kepunyaan Khalid. Setelah beberapa tempat di lawati antaranya Masjid Ali Saifuddin, BSB, Kg Air, Yayasan, Mall & centrepoint. Kami bertolak pulang ke Miri dlm pukul 1700hrs dan selamat sampai dimiri lebih kurang pukul 1900hrs.
Friday, January 2, 2009
Pipeline 333 Leak - Aku bersamanya
Untuk tahun 2008, ini adalah pipeline ke 3 berlakunya pipeline bocor pada tahun ni. Bermula dengan PL233 WLP-A/MCOT, 2nd PL 215 TKP-A/TKP-B and now PL 333 BKP-A/WLP-A. Ke 3,3 pipeline ini terletak di southern field yang kaya dengan sumber minyak di Miri . Tapi malang nya operasi pipeline yang menyumbang +- 6000bblpd kepada hasil minyak negara ini terpaksa di berhentikan sementara kerana pointyang menyebabkan pipe ini bocor perlu diperbaiki dengan segera. Direkodkan bocor adalah pada 29/11, pada awalnya plan untuk membaiki menggunakan plidco clamp terpaksa dilupakan kerana bocor yang berlaku, ada lah panjang dan plidco clam tidak mampu untuk menutup lubang yang bocor ini, maka setelah beberapa kali meeting dijalankan, kawasan bocor ini terpaksa dipotong dan ditukarkan dengan pipe yang baru untuk panjang lebih kurang 12m.
Tanggal 29/12, pipeline yang bocor ini sudah siap dibaiki oleh Swiber Team yang ditugskan untuk menjalankan underwater repair tersebut. Kebanyakan Diver adalah dari US penuh dengan karenah. Untuk menguji pipeline sebelum siap sedia di gunakan, PBJV Team ditugaskan untuk menjalankan ujian hydro keatas pipeline ini. Tanggal 29/12 juga aku bersama team PBJV memulakan kaedah untuk menguji ketahanan pipeline ini sehingga 20bar. Tidak seperti kebiasaannya, pressure yang di inject ke dalam pipeline susah untuk naik. Memang ada "something wrong" dengan pipe yang sudah dibaiki ini. Kebiasaan nya untuk naik dari 0bar ke 20 bar hanya memerlukan 20min sahaja. tetapi sesudah lebih 3jam pressure di inject. pressure hanya mampu naik 3 bar sahaja the constant . Memang dijangkakan ada lagi bocor di kawasan lain pada pipeline ini.
CSR PCSB mengarahkan Team Omni Taran, ROV Team untuk check all pipeline dari bakau ke west lutong untuk memeriksa sekiranya ada lagi bocor di tempat lain sepanjang pipeline tersebut. Setelah lebih kurang 20jam ROV (Remote Operating vehicle) menjalankan pemeriksaan. 6 point lagi leak area di temui. kos untuk membaiki tempat yang bocor adalah sangat mahal. Pagi 31/12, hari2 terakhir 2008, decision dari PCSB SKO management untuk "abandon: kan pl333 di sampaikan oleh CSR Onboard Swiber. Tanggal 31/12 juga, semua barang PBJV, Swiber di"demob" bersama all crew PBJV. Setelah hampir 3minggu di laut, akhirnya crew sampai didarat petang 31/12 untuk hari terakhir di laut untuk tahun 2008.
Besok adalah tahun baru 2009, PCSB perlu memikirkan langkah terbaru untuk menggantikan pipeline no.333 dan memberi nafas baru kepada team2 operation Bakau dan west lutong mengembalikan operasi pipeline tersebut. Wang yang di belanjakan sangat banyak untuk membaiki pl333 boleh dikatakan hanya merugikan, pada pandangan saya. Kesimpulan apa yang saya dapat dari projek ini, PCSB sepatutnya memeriksa seluruh pipeline ini sebelum membuat keputusan untuk membaikinya.
Sama-sama kita nantikan

Subscribe to:
Posts (Atom)