Pagi tadi aku ke epot miri, hantar 2 org housemate aku balik kg…”hoho balik kg…hohoo balik kg….hohoo balik kg…hati girang..” Madi Sang supervisor dan Hasrul sang hse trainee. Sudah 2bulan kami 3org tinggal sebumbung. Rasa berat pula melihat diorang balik. ;-(, sorang menuju ke pengkalan kubur n sorang lagi ke machang. Semoga mereka selamat sampai di tempat yang ditujui dgn selamat dan berjumpa dgn org tersayang. Boring rasa duk rumah sorang2. Esok dah la nak start puasa, means esok aku berpuasa sorang2 la kt rumah,..;-(. Ahh..malasnya….anyway selamat berpuasa buat semua sahabat2ku tak kira di mana jua anda berada.....gunakanlah sepenuhnya keistimewaan bulan ramadhan ini utk menimba dan memanafaatkan segala ilmu untuk meraih pahala dan kebaikan untuk bekalan di hari akhirat kelak. Bersedekahlah kerana dgn bersedekah, ia dapat menyucikan hati dan juga harta. Amalkan amalan bersahur, kerana dengan bersahur ia dapat memberi kesegaran fizikal dan mental dan melembutkan hati yang ego.
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman..! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa..”surah al-Baqarah;183
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua sahabatku..
No comments:
Post a Comment